Thursday, December 11, 2014

Soalan: suami marah bila strees

Nama*:ina
Tajuk*:suami marah bila strees
Message*:Salam ustaz..
Saya ibu kpd 2 org anak lelaki..seorang isteri dan hanya sebagai suri rumah walaupun berpelajaran tinggi..
Suami kerja sendiri dan saya tinggal di rumah mak mertua saya kerana mak mertua tinggal seorang..
Saya sebagai isteri selalu mendukung / selalu memberi sokongan kpd suami...suami baru berjinak dlm bisnes..ada masa bisnes ok..ada masa tak...saya tahu suami susah...saya makan pakai aoa yg ada saje..saya jarang meminta minta kpd suami walaupun itu mmg tanggungjwb suami memberi nafkah..tapi memandang gaji suami cukup2 je..saya jd kasihan...xsampai hati nk minta lebih2..saya hanya lebihkan anak2 utk beli susu+lampin..
Soalan saya : bila suami stress/susah, saya ajak die borak,bagi pendapat &cuba tenangkan dia, tapi kadang2 tiba2 suami tengking saya/marah saya...saya sedih dan kasihan...
Bila dah reda, suami akan datang dan pujuk saya,minta maaf pada saya walaupun hati saya sakit/sedih...
Ustaz, bagaimana cara yg terbaik utk berkata/bercakap dgn suami yg sedang dalam ada masalah?
Suami ok, solat xtinggal, hormat mak ayah..tapi ada masa garang dan baran...
File Upload:
Salam

Kasihan suami, dia terbeban dengan kerja dan sukarnya mencari nafkah hidup.

Elok jiak puan minta izin untuk bekerja bagi meringankan beban keluarga

Nak pujuk suami, usah dimarahinya dan usah ditanyainya itu dan ini... berlailah dia dengan usap sana sini dan bagi dia makan minum.. layan dulu kehendaknya.. barulah boleh dibawa berbincang... he he tk

Visitor IP: 1.9.103.112

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA