Soalan: Re: Bisikan syaitan dan lintasan hati
Nama*: | Oli |
Tajuk*: | Re: Bisikan syaitan dan lintasan hati |
Message*: | Tentang post yg lalu, ia asyik menganggu saya. Saya tidak mempercayainya dan yakin dengannya. Tetapi hati saya masih ingin bukti bahawa Al-Quran itu datangnya drpd Allah dan tidak diubah. sedangkan saya memang tahu bahawa isi AlQuran itu adalah drpd Allah. Kenapa lah hati saya begini. Jika hati saya begini, dikira kufur kah? |
File Upload: | |
Salam
Al-Quran kita yakin datangnya dari Allah. Allah yang turunkan. Bacalah beberapa buku berkaitan mukjizat al-Quran yang boleh memperteguhkan keyakinan kita kpd kebenaran al-Quran. Usah dilayan pemikiran negative seperti itu, ia boleh membawa kepada syirik dan kufur kpd Allah.
Banyakkan istighfar setiap kalimuncul pemikiran jahat spt itu.
Bacalah al-Quran selalu untuk dapat kita rasakan kemanisan dan keindahan al-Quran..
tk
Visitor IP: 210.195.9.57
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.