Saturday, December 20, 2014

Soalan: Adakah jatuh talak

Nama*:guerillatradingnetwork@gmail.com
Tajuk*:Adakah jatuh talak
Message*:Salam ustaz saya ada kemusykilan mengenai lafaz taklik cerai dan rujuk.. Ade beberapa situasi yang sy harap ustaz dpt membantu saya.. Dan secara jelasnye sy mmg pernah bercerai dan rujuk semula dengan suami sy.. Hanye penceraian dan rujuk yang pertama yang sy btl2 yakin..

Situasi 1 : saya dan suami bergadoh besar dan semasa bergadoh itu sy dan suami berada diluar.. Sy meminta suami menghantar sy pulang dan apabila kami sampai dirumah suami sudah packing baju dan mengamb keputusan hendak keluar dari rumah.. Selepas itu saya menahan suami untuk keluar dari rumah.. Dan suami sy masuk semula dan baring di ruang tamu sambil mengatakan kalau awk nak pegi mane2 suke hati awak lah.. Sy diam dan die ade mengatakan yang die tanak menceraikan saya tapi die kate awk klu da tak boleh bersama sy awk pegi la mane2 yang awk suke..

Selepas beberapa lame die kate ini dah kali kedua.. Dan apabila sy bertanye semula bilakah kali kedue itu sbb sy tidak dengar ape2 pn lafaz drpd mulut die tp die beria2 kate itu adalah kali kedua.. Sy pn senyap selepas itu..

Situasi 2 : sekali lagi sy bergadoh besar dengan suami dan apabila su bertanye tentang keputusan nye die cakap " ok lah kalau awk nak sgt awk kluarlah dr kereta ini jatoh la talak.." Sy tak kluar kereta mase tu sebab sy sebenarnye tanak pn bercerai dgn die sbb sy khuatir ini adalah kali ketiga.. tapi selepas beberapa jam selepas itu die menyuruh sy keluar dr kereta dan sy pn bertanye kembali kepada nye "boleh ke sy kluar kereta nie sbb klu sy kluar jatoh talak kan ke atas sy "die kate "takpe sy izinkan awk kluar dan atas izin saya" dan sy pn kluar tapi atas izinnye mnyuruh sy kluar.. Selepas beberapa lame sy sgt2 khuatir status sy dan suami dan merasa tidak sedap hati.. Adakah talak sudah jatoh keatas sy sbb saya beranggapan lafaz taklik itu mcm tak masok akal..

Sy bertanye smpai bile plk saya harus dduk dlm kereta dan kami berbincang selepas itu.. Kami bertanye jgk kpd pej agama tapi jawapan yang mereka bg kepada sy ade byk jwpn dr 3 org berbeza dan kami trs ke mahkamah syariah utk penjelasan dan mereka tnye adekah sudah rujuk kami kate belom.. Dan kami pn ambil keputusan untuk rujuk dirumah..

Selepas beberapa ketika sy btny balik kpd suami tentang situasi pertama.. Sy tny bile awk lafaz kan cerai dan barulah die rase mcm was2 sbb die kate seingat die ade lafaz buat kali kedua berkenaan situasi pertama.. Sy bertanye kepadanye dgn bersungguh lps tu barulah die kate tak ade.. Die keliru sbb die igtkan die da lafaz kpd sy.. Dan sy kate kalau da lafaz mst awk panggil sy balik untuk rujuk semula.. Sy semakin bingung dan tak sedap hati bile dgr jawapan drpdnye sbb die pn taw kalau stakat ckp awk kluarla ke mane2 yang awk ske tanpe niat cerai maka tak jatohlah talak.. Sy dan die semakin bingung pade mase itu.. Dan selepas beberapa lame baru lah die bgtau sy "takde pape lah.. Sy hny ckp tanpe niat saje mase tu.." Die yakin kan sy bersungguh2.. Dan hati sy pn merasa lega sedikit tp sy maseh ade lagi rse tak sedap ati.. Sy cuba mencari entry atau info mengenai perkara ini tapi tidak sy temui..

Persoalan sy skrg ini apakah status kami masih suami isteri..? Adakah talak jatoh keatas sy berpandukan cerita sy pada situasi 1 dan 2..? Tolong saya ustaz.. Sy sgt2 mengharapkan pertolongan ustaz sbb sy masih lagi sayangkan die sbg suami sy..
File Upload:
Salam..

sayapun jadi tak betul bila baca kes ini.. dah tunggang terbalik ceritanya... tak faham la pula, nak jawap pun tak reti..

maaf ya puan..

ringkaskan sikit soalan ni dan boleh saya jelasakan satu persatu..

maaf ya puan..

Visitor IP: 175.137.200.108

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA