Wednesday, December 10, 2014

Soalan: tudung terkena cat yg belum kering

Nama*:nadira
Tajuk*:tudung terkena cat yg belum kering
Message*:salam ustaz...saya dah beli rumah tp rumah masih belum siap..saya dtg ke rumah tu dgn tujuan saje nk tgk2..time tu pekerja di tapak pembinaan tu sedang cat pintu rumah tp dah selesai cuma catnya masa basah iaitu belum kering..
saya berdiri dipintu tersebut dan cat yg basah tu terkena tudung dan pakaian saya.
Soalan saya..jika org yg cat pintu tmenggunakan berus cat dari bulu babi, adakah pakaian dan tudung saya tu dianggap telah terkena najis berat?
Bagaimana cara utk menyucikannya?.
tk
File Upload:
Salam

Keh keh.. kenapa tak Tanya je pada tukang cat tu, berus apa yang awak pakai.. tak pun Tanya saja pada berus cat tu, kau jenis apa..bulu you ni bulu babi ke bulu roma.... keh keh...

Usahlah terlalu disusahkan pemikiran kita dengan berbagai perkara yang tidak dipastikan.. Islam tidak sepayah itu menghukum manusia...

Yang penting, bila terkena cat, ia tak najis.. cuma kotor.. so, bersihkan cat tu.. atau tak bersihkan pun tak apa... solatlah dengan cat itu sekali... its OK

Jika cofirm betul-betul berus babi, samaklah pakaian terkena cat itu.. basuhan 6 kali ari biasa dan sekali air tanah..

hehe

Visitor IP: 1.9.103.84

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA