Sunday, December 7, 2014

Soalan: cerai taklik

Nama*:nurzura
Tajuk*:cerai taklik
Message*:Assalamualaikum WBT ustaz.

Saya ada keraguan sekarang ni.Saya mengalami masalah rumahtangga antaranya disebabkan orang ketiga.dan seringkali saya dan suami saya berhubung melalui SMS dan pada satu masa, die SMS pd saya..."saya xkan buang awak,sbb saya terikat dgn akujanji..tp ingat..sekali lagi saya jatuh dayus..saya tggalkan awak"...dan pada masa yang sama saya khuatir nauzubillah mungkin terkena sihir.disebabkan perubahan sikap suami saya semakin garang dan apa shj kesilapan kecil saya diperbesarkan...saya telah cuba sedaya upaya utk tidak membangkitkan kemarahan suami saya tapi semakin ditekan2 dengan masalah lain.

saya musykil dengan situasi sebegini...adakah ianya dikira jatuh talak?disebabkan saya mungkin tidak ketahui samada apa sahaja yg saya lakukan mungkin bagi suami saya jatuh dayus?

terima kasih
File Upload:
Salam

Apa maksud dayus di sini? Dayus pada fahaman saya ialah suami yang tidak menegur isterinya berlaku curang atau membiarkan isterinya derhaka atau curang.

Perubahan sikap suami ada kaitannya dengan halangan yang kita halang.. seperti keizinan untuknya berkahwin lagi.. yang boleh dijadikan sebab kepada perubahan sikapnya sebegitu. Ataupun mungkin juga ada sebab lain seperti layanan yang semakin hambar ect.. maaf saya tak tahu..

Saya tidak Nampak kes ini ada dikaitkan dengan cerai atau talak. Ia tidak ada disebut oleh suami makna talak yang sah dan betul.. so.. tak perlu risau.

tk



Visitor IP: 1.9.96.251

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA