Soalan: mohon jawapan
Nama*: | shikin |
Tajuk*: | mohon jawapan |
Message*: | Assalammualaikum...Saya nak tanya...saya dan suami tengok tv drama indonesia..Drama tersebut disertakan dengan terjemahan tulisan dalam bahasa melayu..Dalam drama tersebut ada babak suami melafazkan cerai kepada isterinya.. Lafaznya seperti " ayu,aku ceraikan kau". Suami pun baca "subtitle" lafaz cerai yang dalam bahasa melayu tu...tapi saya tak dengar pun suami baca sebab mulut suami tertutup rapat..mungkin suami hanya baca dalam hati dan tak lafaz.Soalan saya : apa hukumnya suami baca lafaz tersebut dalam hati? Dan jika suami ikut lafaz tu dengan kata kata yang sarih, adakah dikira boleh jatuh talak?
Terima kasih. |
File Upload: | |
ia tak jatuh talak..
kerana bukan itu dimaksudkan oleh suami kepada puan..
Visitor IP: 203.106.159.197
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.