Saturday, December 27, 2014

Soalan: keliru status


Nama*:izal
Tajuk*:keliru status
Message*:salam ustaz.. 4 tahun lepas saya pernah bergaduh dengan isteri kerana mengesyaki isteri jalin hubungan dengan lelaki lain melalui sms yang saya baca di handphone nya. kemudiannya saya telah berkata 'pergi balik rumah mama (ibu isteri) aku taknak tengok muka kau dalam rumah ni'. lalu isteri pun pergi..pada ketika itu saya jahil dan tidak tahu menahu langsung apa itu lafaz kinayah dan hukumnya dan apa yang saya tahu dalam pengetahuan saya ketika itu hanya lafaz sarih boleh menyebabkan berlakunya perceraian. selepas 3 hari selepas dinasihati ibu bapa saya, kami pun kembali berbaik dan saya langsung tidak terfikir soal cerai talak atau rujuk kerana dalam pengetahuan saya ketika itu dia masih isteri saya kerana saya tidak pernah menyebut lafaz sarih padanya dan kami hanya bergaduh dan saya tidak mengetahui langsung tentang adanya hukum lafaz kinayah ini. selepas itu kami masih bersama sehingga kini dan dikurnia 2 orang anak dalam 4 tahun ini.

sekarang selepas saya mendalami ilmu agama baru lah saya tahu mengenai hukum lafaz kinayah ini. soalnya selepas 4 tahun saya sudah tidak ingat/tidak pasti apakah niat saya ketika melakukan lafaz kinayah tersebut. adakah saya berniat atau tidak langsung saya tak ingat. perkara ini betul membuat saya bingung mengganggu fikiran saya setiap masa. perasaan takut sentiasa membelenggu fikiran memikirkan apakah status saya bersama isteri dan anak2. untuk pengetahuan ustaz saya juga mempunyai penyakit OCD (was was yang tinggi) dalam ibadah dan kerja harian. bolehkah saya menggunakan kaedah fiqh 'yakin tidak boleh dihilangkan oleh syak' contohnya asal tiada niat kemudian datang syak adakah saya mungkin berniat cerai ketika lafaz kinayah tersebut.(betulkan jika saya salah). sekarang saya cuba tetapkan dalam hati kemungkinan saya tidak berniat cerai ketika lafaz kinayah tersebut kerana jika saya berniat sudah tentu saya akan lakukan lafaz sarih kerana dalam pengetahuan saya ketika itu hanya lafaz sarih boleh menyebabkan berlaku cerai dan jika saya sudah tahu mengenai hukum lafaz kinayah ketika itu dan saya niat bercerai ketika itu itu sudah tentu saya akan memilih untuk lakukan lafaz sarih untuk apa lagi lakukan lafaz kinayah. sudah tentu saya tidak berniat kerana tidak lakukan lafaz sarih yang jelas2 saya tahu akan menyebabkan berlaku cerai sedangkan lafaz kinayah saya tidak tahu menahu mengenainya ketika itu.namun ia tidak begitu kuat dalam hati, saya sentiasa dihantui perasaan takut, was was yang tinggi adakah mungkin saya berniat atau tidak.. sehingga solat pun tidak dapat kusyuk kerana memikirkan perkara ini ditambah pula dengan was was. saya sangat keliru.. apa harus saya lakukan? tlg bantu saya. tk ustaz
File Upload:
Salam

Jika saudara terang terang sebut 'pergi balik rumah mama (ibu isteri) aku taknak tengok muka kau dalam rumah ni'.. sebagai lafaz yang jelas suruhnya balik ke rumah emaknya, maka ia jadilah suruh balik sahaja. ia tidak jadi talak pada pendapat saya.

Pada dasarnya, ilmu fiqh berhukum kepada lafaz dan kenyataan kita (pengakuan) tidak pada sangkaan dan agakan semata-mata.

pada saya, kes ini jelas saudara tidak menyebut talak sebaliknya suruh dia balik rumah, so jadilah dia balik rumah emaknya... tanpa terjadinya talak.

Keraguan yang datang selepas itu adalah satu penyakit dalaman. cuba yakinkan diri dengan apa yang anda buat, usah dilayan lintasan berbagai itu..

tk


Visitor IP: 14.192.208.113

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA