Sunday, December 21, 2014

Soalan: jatuh tk talak?

Nama*:delima
Tajuk*:jatuh tk talak?
Message*:Assalamualaikum tuan..
Saya ni jenis kuat cemburu dan kuat berprasangka buruk pd suami.bila suami kluar umah jer mesti saya fikir dia keluar jumpa perempuan. Satu hari suami keja syif malam.bila dia balik saya cek HP dia ada gambar 2 org perempuan.saya syak dia kluar mkn dgn pompuan tu.esok paginya saya tanya dia pergi mana mlm td..dia jwb duk kt opis jer.saya geramla dia tk mengaku.lalu kami pun bergaduh.. Saya kecewa dan marah lalu mendesak dia lepaskan saya jika saya ni tk sesuai untuknya. Saya kerap mengatakan "lepaskan jer saya jika awak dh tknk hidup dgn saya lg pasal anak2 awak tk pyh risau,saya bole jaga,awak carila org yg sesuai utk awak." mendengarkan itu suami saya terus ckp "kalau itu yg ko nk jd aku lepaskan ko".
Bila lpas beberapa jam..saya terkedu..sbb niat saya hy nk menguji jer..
Bila saya tanya balik dgn suami betulker dia nk pisah dgn saya..dia ckp sbb saya asyik desak jer..

T.kasih tuan atas perhatian..wassalam.
File Upload:

Salam

Jawapan suami; aku lepaskan ko adalah sah talaknya kerana itulah yang diminta oleh puan dan terjadilah talak satu.

Sila rujuk kembali jika masih dalam edah.

tk

Visitor IP: 183.171.166.245

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA