Thursday, December 11, 2014

Soalan: mohon pendapat

Nama*:noor
Tajuk*:mohon pendapat
Message*:Assalam.sy rgkaskn pemasalahan sy dan berharap saudara ustaz memahami maksud yg ign sy smpai kn.usia perkahwinan sy mencecah 7bln.pd bulan pertama kami berkahwin sy mendapat tahu suami telah mengadai gelang emas dan berlaku pertengkaran dan suami memukul sy dgn jug berisi air dikepala,kejadian kedua suami telah mencuri duit hantaran perkhwinan dan bile sy bertnye dye marahi sy dan memukul sy.ketiga,selps tahu akn tntg hal itu sy dingin utk bersama dan mnyebabkn beliau bengang dan menyentap lengan sy dgn kuku hingga berdarah.mslh rumh tgga sy dihidu oleh fmli sy dan mendesak sy menceritakn semuanya dan fmily sy ambik kptsn utk berbincg dgn pihak lelaki iaitu pak ciknye tp pakciknye menuduh sy menipu krna bg dye suami sy baik dan xmgkin bt mcm 2.semua kejadian didepan mak suami sy tp mak suami sy xnk bukak mulut sbb takot malu saudara tau dan mnangis dpn sy sbb fmli sy bgtau bapa saudara suami sy.yg terbaru,sy dpt tahu yg suami sy blik lmbt sbb melepak dan sy marah knpe menipu katanya kerja smpai lwt mlm sdgkan bos dan kwn dye beritahu berbeza,baju sy disentap hinga spruh bogel dan diseret dpn mak suami sy.kluarga sy berharap sy berpisah tp sy xboleh bt krna jika 2 terjadi akn burukkn nama kedua pihak.sy mohon pendapat dan nasihat drpd ustaz.sbgai penguat utk usaha sy mencari ikhtiar selain drpd tawakal kpd yg esa.
File Upload:

Salam

Puan, itulah kenapa kahwin dengan srigala.. kan dah jadi mangsa rakusan srigala.. op maaf..

Beginilah puan, usia perkahwinan masih terlalu muda.. baru 7 bulan. Suami yang buruk kelakuannya tidak dihidu semasa bercinta dahulu, dan puan tidak tahu menahu tabiat buruknya itu sehinggalah bergelar isteri.

Apa yang perlu dilakukan ialah puan kena bawa kes ini ke tengah, puan kena berani bersuara dan menceritakan isu ini kepada seseorang yang boleh dipercayai untuk memdamaikan keadaan. Pada saya langkah pertama ialah puan bertemu kaunseling di Pejabat Agama atau mana-mana kaunserlor yang diyakini.

Boleh dapatkan nasihat mereka dan ada baiknya suami juga dikaunselingkan sebegitu...

Jika puan kerap didera mental dan fizikal, buatlah laporan kepada pejabat agama kerana dalam lafaz taklik ada disebutkan penderaan fizikal itu tidak boleh...

Jika perpisahan itu yang terbaik, tidak ada salahnya puan memohon cerai daripada suami berkenaan. Suami sebegini susah hendak dibimbing, susah hendak diubah... Usah hiraukan pandangan orang lain, sedangkan kita sendiri yang menderita..

maaf itu pendapat saya.

tk



Visitor IP: 103.246.200.35

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA