Saturday, December 27, 2014

Soalan: buntu dan tak pasti


Nama*:herry
Tajuk*:buntu dan tak pasti
Message*:Assalamualaikum. Saya herry. Ustaz saya nak bertanya. Baru-baru ni saya telah menceraikan isteri saya diluar mahkamah. Kemudian saya rujuk kembali dgn hanya berbisik di telinga isteri saya. Adakah sah rujuk saya itu? Kemudian saya ada bertengkar dengan isteri saya melalui perbualan telefon. Dia mahu saya ceraikan dia pada saat itu juga. Tetapi bukan saya yang melafazkan. Sebaliknya saya menyuruh kawan saya yg lafaz tanpa pengetahuan isteri saya. Saya melalukan sedemikian hanya untuk memberi pengajaran untuk isteri saya. Bagaimaikah status kami suami isteri sekarang ustaz?
File Upload:
Salam

Cerai yang pertama itu telah sah jatuhnya.

Rujuk juga sah kerana saudara telah kembali berdamai dan kembali bersatu...

Bererti telah berlaku talak satu.

Apabila saudara wakilkan kepada kawan untuk menyatakan cerai, maka ia boleh menjatuhkan talak ke atas isteri saudara. kerana kawan juga boleh menjadi wakil sebagaimana untuk nikah juga boleh pakai wakil...

cuma begini, jika saudara terang-terang bercakap kepada wakil itu, saya tak nak ceraikan isteri saya, tetapi saya nak minta awak tolong cakapkan cerai sahaja; dalam keadaan ini ia tidak akan menjatuhkan talak kerana wakil itu menyatakan suatu yang tidak benar atas permintaan saudara.

tk

Visitor IP: 115.164.93.247

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA