Tuesday, December 9, 2014

Soalan: status kebersihan baju yg tertinggal di hotel

Nama*:siti
Tajuk*:status kebersihan baju yg tertinggal di hotel
Message*:salam ustaz, ibu saya bekerja di sebuah hotel 3 bintang dan bertugas sebagai pengemas bilik ( housekeeping servis ).

Jika ada pakaian/baju guest (tetamu ) yg tertinggal didalam bilik hotel setelah guest check out, pihak hotel akan menyimpannya selama 3 bulan. Ini merupakan syarat yg telah ditetapkan oleh pihak hotel kepada guest..

selepas 3 bulan, baju yg tak dituntut tu, pekerja housekeeping ni akan ambil baju tu utk kegunaan sendiri.

Macam ibu saya, dia selalu bawa balik tshirt,jeans, baju blouse dll pakaian. Saya ragu ragu adakah baju tersebut boleh digunakan dimana saya takut kalau kalau pakaian tu dari milik orang yg bukan Islam,takut terkena najis berat je ustaz..:(
Ibu hanya bawa balik baju tersebut dan terus cuci dalam washing machine... boleh ke kalau kita hanya sucikan baju tersebut dengan cara basuhan biasa sahaja?
Sucikan baju tersebut?
Mohon pandangan / penerangan dari ustaz.
tk
File Upload:
Salam

Terima kasih atas soalan ini.. dapat saya tahu satu ilmu ttg pengurusan hotel.

Baju berkenaan boleh dipakai kerana ia telah dilupuskan oleh hotel sebagai menurut ketetapan pihak pengurusan hotel. Cuma saya cadangkan satu perkara penting ialah perlunya pihak hotel memaklumkan (buat notis board) kepada pelanggan 'tempoh tuntutan barang yang ditinggalkan di hotel dalam masa tiga bulan sahaja'. Ia penting bagi mendapatkan kehalalan barangan tinggaln seperti itu. Biasanya dalam Islam tempoh simpanan ialah setahun, namun jika hotel keberatan menyimpan lebih lama, sila maklumkan kepada pelanggan tempoh berkenaan.

Bagi pakaian yang dibawa balik dan tidak tahu milik muslim atau bukan muslim, maka kita perlu basuh dengan basuhan biasa bagi menghilangkan najis sahaja. ia tidak perlu disamak kerana najisnya tidak tahu dan tidak dipastikan. Memadai dengan basuhan biasa sahaja untuk digunakan pakaian berkenaan.

tk



Visitor IP: 203.106.159.89

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA