Nama*: | siti |
Tajuk*: | jatuh talak atau tidak? |
Message*: | Assalamualaikum us. Saya mohon pencerahan lanjut. Untuk makluman us. pada pagi 18.12.2014, peralatan perniagaan suami telah disita oleh Majlis Bandaran kerana suami berniaga air secara kecil-kecilan di tepi jalan. situasi ini telah menimbulkan tekanan pada suami. manakala pada petang 18.12.2014 kami merancang untuk pulang ke kampung sebentar (balik hari) selepas saya pulang bekerja.Tujuan pulang ke kampung adalah kerana untuk berubat kerana suami kelihatan kurang semangat terhadap kerja (ada unsur2 yang tidak kena kerana suami sebelum ini adalah seorang yang semangat bekerja dan ada beberapa orang yang bijak pandai menegur suami mengatakan ada orang iri hati nak buat supaya suami jadi malas bekerja dan kami suami isteri jadi dingin antara satu sama lain). Namun apabila suami pulang ke rumah lewat (selepas maghrib)untuk bersiap sedia balik ke kampung, isteri telah "membebel" atas kelewatan tersebut. Dan telah menyebabkan suami melafazkan kata-kata tersebut. saya nak bertanya. Jatuhkan talak pada ayat yang dilafazkan suami seperti ini, "Aku Tinggalkan Engkau" "Aku dah x tahan dengan Engkau" di saat suami dalam keadaan tertekan dengan masalah perniagaan dan emosi yang x stabil. Namun demikian, selepas mandi dn solat, suami berkeadaan seperti biasa. (makan malam dr masakan isteri dan tidur bersama walaupun tanpa melakukan sebarang hubungan intim).. saya juga mohon us selitkan nasihat kepada saya untuk jadi panduan menjadi isteri dan ibu solehah. Terima Kasih us. Wasalam |
File Upload: |
Lafaz 'aku tinggalkan engkau' adalah lafaz yang membawa kepada talak jika suami berniat talak. Puan pujuklah suami dan tanyakan sama ada dia berniat talak atau tidak pada ketika lafaz itu disebut. jika ada, bererti telah jatuh talak satu.
Bantulah suami, tenangkan dia dan usah ditambah masalahnya dengan masalah lain, ia tindakan yang bijak kpd seorang isteri...
tk
Visitor IP: 103.245.88.251
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.