Thursday, December 11, 2014

Soalan: Masalah cerai/talak

Nama*:Fahmi
Tajuk*:Masalah cerai/talak
Message*:Saya ada 2 istri. Umumnya kami bhgia. Gaduh2 itu biasalh, tdklah sgt jd kronik, krn saya lbh byk brtenang; tdk suka memnjgkn prgduhan & memaafkn mrk. Namun bgtu keadn ini mnjdikan mrk tdk segan2 utk brgduh dgn saya bila ada mslh; mrk jd kurng hormat/takut pd suami. Syg suami tp bila ada mslh yg mnguji mrk, mrk mudah hilang prtimbgn & snggup brgduh habisn dgn saya...klu xpuas hati jg mrk brtndak brlebih2an spt klr rumah. Saya sntiasa ingtkn mrk ttg akhlak & syariat sebgai istri, namun tetap jg mrk mmpu brubah. Wktu ok mrk ok je....
Satu hari sya brgduh dgn is-1, smpai kronik betul, mslh dia cemburu. Konon saya layan madunya lbh masa dia xde, dia mcm lupa adab poligami. Saya cuba tenangkn dia dgn pelbagai nasihat. Akhirnya bila sgla peerangn saya dia xblh trma, dia lbh prcaya pd sgka2 buruknya, dek krn l/kurg 2-jam menhan sabar mmbendung 'amukan'nya, saya xmmpu brtahan lg, saya tiba2 dari keadn dduk, spontan saya bngun & memekik, "klu bgtu saya ceraikn korang brdua".
Bbrp ketika kmdn saya trdduk kmbali, bristighfar & memikirkn kembali apa sebnarnya yg saya ucapkn td itu? Saya jd bingung...is-2 xde brsma di wktu itu, dia klr bkrja.
Apa status ucapn saya itu? Dan bgmana keddukn saya dgn is-1 & is-2?

Sekian, tk byk2 ust.
File Upload:
Salam

Tahniah kerana saudara mengamalkan poligami.. Banyak karenah dan dugaan yang perlu dihadapi..

Ucapan itu telah menjatuhkan talak ke atas isteri pertama dan isteri kedua. Maksudnya telah jatuh satu talak ke atas kedua-dua isteri saudara.

Saudara boleh merujuk kembali isteri berkenaan, jika mahu...

heh.. tahniah... dan bawa banyak bersabar..

tk


Visitor IP: 113.210.130.161,168.235.195.54

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA