Soalan: lafaz cerai dan lafaz rujuk
Nama*: | kasih |
Tajuk*: | lafaz cerai dan lafaz rujuk |
Message*: | salam sy nak bertanya..suami ada melafazkan cerai terhadap sy di hadapan mak mertua saya dan ketika itu saya sedang hamil 6 bulan..selang 4 hari suami sy telah melafaz rujuk dihadapan sy dirumah dengan lafaz "SAYA RUJUK AWAK KEMBALI"selepas itu kami telah mndaftarkan lafaz cerai dan lafaz rujuk di mahkamah..disini saya ingin tahu..adakah lafaz rujuk itu sah tanpa ada saksi?boleh kah saya dan suami tinggal sebumbung dan sebilik sebelum kedua2 lafaz itu disahkan oleh pihak mahkamah? |
File Upload: | |
Salam
Lafaz cerai sah walaupun tiada saksi. Lafaz rujuk juga sah walaupun tiada saksi.
APabila sah lafaz rujuk, bererti bolehlah puan bersetubuh dengan suami..
tk
Visitor IP: 103.1.71.164
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.