Nama*: | hamba Allah |
Tajuk*: | lafaz cerai |
Message*: | salam tuan, saya nak bertanya tentang 1 perkara.. sy ada terbaca di ruang komen ini tentang perkataan "keluar dari rumah" dianggap jatuh talak.. untuk makluman tuan, sy ada bertengkar dengan isteri beberapa hari lepas.. waktu itu isteri sy keluar berjumpa rakannya dan sy tidak mengizinkannya.. sy meminta isteri sy pulang semula kerumah melalui panggilan talefon dan memberi amaran "jika awak tidak sampai di rumah pada waktu sekian sekian, jatuh talak 1″.. kemudian sy putuskan panggilan.. kemudian selang seminit, sy hubungi isteri sy kembali dan merayu agar dia pulang ke rumah supaya dapat menyelamatkan rumah tangga kami.. isteri sy menangis dan mengatakan tidak dapat berbuat demikian kerana jalan jem dan kemungkinan mengambil masa yang lama untuk sampai ke rumah.. kemudian sy merayu lagi pada dia supaya pulang tetapi dia enggan dengan berkata "dah tak sempat..dah tak sempat".. setelah beberapa kali memujuk, sy jadi naik angin kerana fikirkan isteri sengaja tidak mahu pulang ke rumah (untuk kembali taat dgn arahan sy dan menyelamatkan rumah tangga kami) lalu sy melafazkan "kalau awak rasa tak sempat jugak, awak hantar kereta sy sekarang, kemas kain baju, dan keluar dari rumah sy".. kemudian sebelum sampai waktu sekian sekian yang dijanjikan (amaran), isteri sy telah sampai dirumah.. adakah jatuh talak bila sy menghalau isteri sy dgn keadaan begitu? |
File Upload: |
Salam
Pergaduhan dalam rumah tangga memang unik dan menyakitkan. Ia bermula daripada salah faham antara pasangan. KEsabaran amat penting dan kadang kala tahap kesabaran yang minima pun kita gagal mendepaninya.
Lafaz taklik pertama adalah sah dan jika benar isteri tidak sampai pada masa yang ditetapkan maka jatuhlah talak satu.
Saudara kelihatan tidak sabar dan bijak menangani keadaan ini. Sepatutnya kita lebih sabar dan tidak mengaitkan kegawatan kes dengan cerai dan talak. Bila dikaitkan dengan cerai, maka ia pasti terjadi cerai...
(dah jalan jem macam mana nak sampai pada waktu ditetapkan...?)
Saya tiak pasti jam berapa dijanjikan dan jam berapa isteri sampai. Jika isteri sampai sebelum jam dijanjikan, maka tidaklah terjatuh talak... (Nasib baik begitulah...) ..
LEpas ni taubat jangan buat lagi, jangan kaitkan apa-apa pun dengan cerai..
tk
Visitor IP: 202.185.172.2
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.