Soalan: adakah boleh jadi talak/ lafaz talak
Nama*: | rose |
Tajuk*: | adakah boleh jadi talak/ lafaz talak |
Message*: | Salam ustaz...saya baru sebulan lebih nikah..tapi belum pernah berjimak dengan suami.. Bila suami ajak berjimak, aaya layan tapi sampai masa suami ingin memasukkan zakarnya kedalam daraj, saya menolak dgn alasan takut..:(
Suami marah sebab dah sebulan bersabar dgn saya.
Kemudian suami marah saya dan berkata "pergi balik kampung"..
Adakah ayat pergi balik kampung tu boleh jatuh talak terhadap saya? |
File Upload: | |
Salam
Pergi balik kampong tu taklah dikira talak.. suami suruh balik je, bukan suruh cerai..
Sepekara yang amat penting di sini ialah puan wajib menunaikan hak suami untuk bersama.. memang pada awalnya sakit sikit, tapi sabar la.. sekali je sakit tu.. lepas tu sedapnya tuhan je yang tau.. hehe.. dosa tu tak layan suami...
Visitor IP: 1.9.103.234
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.