Soalan: persoalan ruju'
Nama*: | ahmad |
Tajuk*: | persoalan ruju' |
Message*: | sah kah ruju' tanpa pengetahuan isteri?
seseorang yang berpenyakit was-was merasakan telah menyebut talak didalam hati tetapi dia was-was mendengar talak tersebut kerana lidahnya bergerak mengikut hati tetapi mulutnya bertutup. dia mendakwa seperti terdengar talaknya didalam kepala. akibat tidak pasti dengan perkara tersebut dia melafazkan ayat ruju' kepada isterinya tanpa pengetahuan isterinya (kerana perkara talak itu juga tidak diketahui isterinya). sahkah talak seperti itu dan sahkah ruju' tanpa pengetahuan isteri itu? |
File Upload: | |
Talak perlulah dilafazkan dengan jelas baharulah jatuh talak. Talka dalam keraguan dan main-main dalam kepada tak jatuh talak.
Rujuk tidak perlu selagi mana tiada talak berlaku.
*perkara penting ialah saudara kena hilangkan was-was dan keraguan itu. Ia penyakit dan ia perlukan penegasan bahawa apa yang dibuat adalah sahih dan betul. Tak nak lagi main-main dan terikut-ikut.. tk
Visitor IP: 210.48.222.8
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.