Tuesday, December 2, 2014

Soalan: taklik berkaitan talak

Nama*:mawi
Tajuk*:taklik berkaitan talak
Message*:Assalamualaikum ustad..saya ada persoalan iaitu saya dan isteri pernah bergaduh dan dia telah menuliskan taklik untuk saya baca dan tandatangan. Dlm taklik itu ada menyebut saya berjanji tidak akan membuka mana2 akaun fb dan lain2 application yg dgn niat untuk berlaku curang. Yg kedua saya tidak dibenarkan buka mana fb...setelah beberapa waktu saya ingat taklik yg pertama tapi lupa taklik kedua di mana saya telah akses fb yg saya ada sblm kahwin dgn isteri dgn niat untuk memadamkan Fb tersebut tapi diketahui oleh isteri adakah jatuh talak dari taklik yg saya lupa dan tanpa niat.
saya juga nak tahu adakah taklik boleh ditarik balik oleh suami.
File Upload:
Salam

Pertamanya, kenapa dengan fb pun nak bergaduh besar. Kenapa dengan fb nak gadaikan sebuah perkahwinan. bukankah itu bodoh namanya? Maafkan saya terkasar.. geram sebenarnya...

Pertamanya, adakah anda terpaksa untuk menerima syarat taklik diberikan isteri tadi? Jika anda terpaksa, maka taklik itu tidak sah.

Jika ia atas persetujuan anda juga, maka taklik tidak boleh ditarik balik menurut kebanyakan ulama. Oleh itu, apabila anda melanggar taklik bererti jatuhlah talak satu. Dalam kes ini, jika difahamkan ia telah menjatuhkan talak satu. Dan Saudara boleh merujuk semula dengan isteri dan taklik yang terdahulu akan terbatal semua sekali. CUma perlu diingat, talak telah terjatuh dengan satu talak.

Sila rujuk juga ke Pejabat Agama untuk pengesahan. tk



Visitor IP: 123.136.107.235

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA