Soalan: Keliru dgn status perkahwinan
Nama*: | Azuri |
Tajuk*: | Keliru dgn status perkahwinan |
Message*: | Assalammualaikum,
Saya ada kekeliruan dlm status perkahwinan.
Saya berselisih kata dgn suami ketika di telipon.
Dia memutuskan talian dan mengatakan dan selepas itu dia menghantar massage.
..."tukar anak2 sekolah gov. Now!!" " i don't hv confident on u"
Saya tahu apabila dia meminta anak2 ditukar sekolah government, dia bermaksud tidak mahu menanggung yuran sekolah anak2 dan akan menyuruh kami keluar rumah. Ia juga bermakna dia tidak mahu meneruskan perkahwinan.
Bagaimanakah jika massage yg dihantar ada Niat di hatinya utk berpisah? Adakah jatuhnya talak?
Segala silap, saya pohon maaf.
Diharap pihak ustaz dapat membantu menjwb permasalah saya.
Wassalam |
File Upload: | |
Salam
isunya ialah tukar sekolah anak.. itu yang utama disebut di sini. Kenapa pula puan nak kaitkan dengan cerai dan talak.. ia tak ada kaitan langsung..
udah lah tu... tukarkan je sekolah anak tu dan berdamai je... kenapa nak gaduh-gaduh..
tk
Visitor IP: 210.187.217.98
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.