Thursday, December 4, 2014

Soalan: TALAK DAN RUJUK

Nama*:nabryan
Tajuk*:TALAK DAN RUJUK
Message*:Assalamualaikum ustaz,sy ingin btanya..
Baru2 ni berlaku sedikit slh fhm dimana suami telah myatakan "kalau baling handphone tu,jatuh talak" ..mulanya sy tdk mbaling handphone tu,namun ada sepotong ayat suami yg ketika itu mbuat sy rs tcabar dan marah..lalu sy mbaling handphone tersebut..adakah itu dpggil lafaz taklik..dan sahka talak tersebut..

selepas hal tersebut kami sudah berbaik dan bcadang untuk rujuk perkara tsebut ke pejabt agama dan mahkamah syariah utk pengesahan dn bsetuju utk rujuk kembali..dlm masa yg sama kami telah bersetubuh..suami pula myatakan sah jika suami lafaz rujuk hanya pd saya ketika itu..dan perlu kah didaftarkan cerai talak dan rujuk ni mgikut undang2?
File Upload:
Salam

Apabila suami mengeluarkan ayat yang dikaitkan dengan talak bererti itulah lafaz taklik. Lafaz taklik tidak boleh ditarik balik.

Dalam kes di atas, talak telah jatuh setelah hp itu dibaling...

Suami mengajak untuk rujuk, dan rujuk itu adalah sah.. dan halal bersetubuh...

Cuma perlu diingat, telah terjadi talak satu...

Elok perkara ini didaftarkan atau dirujuk ke mahkamah syariah..

tk

Visitor IP: 10.4.0.174,175.139.242.250

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA