Nama*: | Hamba Allah |
Tajuk*: | Kemusykilan |
Message*: | Salam Ustaz. Saya ada 2 soalan; 1) Berlaku pertengkaran antara suami dan isteri melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Ketika itu si suami sedang kerja outstation. Si isteri telah menulis.."Awak balik nanti, kita pergi mahkamah dan failkan perceraian." Suami membalas.."Suka hati awak la.." Tujuan dan niat suami menulis "Suka hati awak la.." adalah berniat untuk tidak melayan isteri nya yg tengah marah dan BUKANNYA niat bersetuju untuk ke mahkamah nanti dan failkan perceraian. Dan si suami tiada niat langsung untuk mengiakan atau bersetuju dengan 'ajakan' isteri utk ke mahkamah kerana dia masih sayangkan isterinya dan tiada niat untuk bercerai. Atau dengan kata lain..biarkan isteri nya dengan keputusan dia hendak ke mahkamah, tapi bagi si suami dia tidak sesekali bersetuju dgn keputusan isterinya dan tidak sesekali akan pergi ke mahkamah untuk failkan perceraian. Tidak sesekali. Dan bila suami balik dari outstaion pasangan tersebut tidak pergi pun ke mahkamah, meraka sudah berbaik. Soalan saya, adakah jatuh talak situasi di atas? Adakah ayat "suka hati awak la" itu satu lafaz kinayah atau taklik? 2) Soalan kedua saya; bagaimana pula jika si suami membalas/menulis "OK.." dengan niat memang nak pergi ke mahkamah untuk failkan perceraian nanti. Walaupun selepas balik dari outstaion mereka tidak jadi pergi ke mahkamah kerana sudah berbaik? Adakah perkataan "OK.." itu satu lafaz soreh, kinayah atau taklik? Adakah jatuh talak ustaz dengan 2 situasi di atas. Mohon pencerahan ustaz. Terima kasih. |
File Upload: |
Salam
1. Ia lafaz kinayah untuk cerai.. tetapi jika ada penegasan daripada suami bahawa dia tiada niat cerai, maka cerainya tidak berlaku.. Tidak jatuh talak.
2. Jawapan OK untuk pergi, tetapi bila balik tak pergi; maka tidaklah jatuh talak kerana suami tidak pun pergi ke mahkamah..
tk
Visitor IP: 210.19.71.91
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.