Soalan: Was-Was
Nama*: | Nurul |
Tajuk*: | Was-Was |
Message*: | Assalamualaikum ustaz. Mohon ustaz jelaskan adakah ia jatuh talak atau tidak. Saya & suami ada bercerita,mengejek seolah berlakon tentang suami & isteri jiran saya yg mana suaminya selalu megikut telunjuk isterinya. Saya konon nya berlakon berkata abg nanti kemas rumah,basuh baju semua ambil anak ke sekolah apa. Lalu suami saya cakap aku ceraikan engkau dengan talak 3 baru dia tahu nasib dia tu(merujuk isteri jiran saya itu)lafaz tersebut suami bukan niat nak tujukan kepada tapi kepada dorang. Saya ada tanya ustaz lain sebelum ini tapi ustaz tu cakap tidak jatuh talak sebab niat tersebut bukan lafaz niat sebenar talak.Mohon ustaz jelaskan. Terima Kasih. |
File Upload: | |
Salam
Jika lafaz itu tidak ditujukan kepada isterinya, maka ia tidak terjadinya talak.
tk
Visitor IP: 219.92.255.67
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.