Thursday, May 19, 2016

Soalan: menghadapi isteri yang sensitif

Nama*:idz
Tajuk*:menghadapi isteri yang sensitif
Message*:assalamualaikum..ustz, saya ingin bertanya bagaimana saya ingin menghadapi isteri saya yang sangat sensitif,. saya berikan satu contoh, saya pergi kerja, sesudah sampai di tempat kerja saya terlupa nak beritahu dia yang saya sudah sampai, kemudian dia akan merajuk, kemudian saya pujuk, saya mengaku salah, saya pujuk selembutnya dan saya minta maaf bagi kesilapan saya. tetapi die masih tidak ingin memaafkan dan melakukan pekara2 yang akan menimbulkan kemarahan saya, seperti mengatakan perkataan negetive sebagai contoh. nape terlupa? sbb x syg sy..dan banyak lagi kata2 negative yg boleh menyebabkan saya marah. persoalannya saya tekanan dan tidak tahan menghadapi sikapnya yang sensitif dan susah terima pujukan dan memaafkan. apa yang perlu saya lakukan.
File Upload:
Salam

Isteri tu terlalu sayangkan suami sebab tu dia terlalu menjaga suaminya..

Beginilah, berilah dia sedikit masa untuk memahami perangai lelaki. Berilah dia sedikit ilmu tentang lelaki, sehari sedikit, sehari sedikit.. lama-lama dia faham perangai lelaki. Banyak nota dalam FB yang boleh membantu untuk dia mengenali perangai lelaki.... Lelaki dia lebih banyak diam, tak nak sibuk-sibuk.. Dia suka, dia diam. Dia tak suka pun dia diam...

Boleh juga suami bincang dengan baik apa yang suami tidak gemar.. COntohnya, tak perlulah bersms 24 jam, sedangkan sudah jadi suami isteri,,, lainlah masa bercinta.. neturenya berubah dan berbeza... Dah jadi suami, lelaki merasai isterinya adalah milik peribadinya 100%, tak perlu dirisaukan lagi..

hehe..

tk.. soalan yang baik..



Visitor IP: 175.136.24.249

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA