Sunday, May 22, 2016

Soalan: berdoa

Nama*:najmi
Tajuk*:berdoa
Message*:assalamualaikum ustaz. saya nak tanya sekali lagi. ketika saya berdoa pada waktu subuh. saya ingin berdoa supaya tidak berlaku berita buruk pada masa perbicaraan pengesahan lafaz yang akan berjalan pada 31 mei ini, semasa saya berdoa itu kalau tidak silap doa yang saya cakap "semoga perkara tidak buruk berlaku", saya terdiam sekejap untuk memastikan apa yang saya doakan itu adalah betul,oleh sebab saya jadi berdebar-debar terus saya baca doa baru " semoga perkara buruk tidak berlaku" kemudian saya berhenti berdoa, saya memikirkan kembali adakah saya sebut begini "semoga perkara tidak buruk tidak berlaku" , saya jadi musykil yang mana satu saya doakan. niat untuk bercerai tidak ada pun kerana saya berdoa untuk kebaikan bukan untuk keburukan. saya bertambah jadi keliru bila saya asyik memikirkan hingga terbawa-bawa ke solat jumaat di mana saya keliru ayat mana yang saya doakan, samada "semoga perkara tidak baik berlaku" , "semoga perkara buruk berlaku", " semoga perkara tidak baik tidak berlaku". saya keliru, saya berdoa untuk kebaikan, saya ceritakan kepada isteri, isteri bagitahu jangan fikirkan sangat. saya jadi fobia nak berdoa. boleh jatuh talak ke dalam situasi yang saya ceritakan seperti di atas? terima kasih ustaz.
File Upload:
Salam

Doa yang baik tidaklah perlu dikaitkan dengan benda yang negatif pula..

Banyakkan istighfar dan tulus hati kita kpd Allah.. Insya-Allah DIA membantu hamba-Nya

tk

Visitor IP: 115.133.41.110

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA