Soalan: keraguan
Nama*: | alhakimi |
Tajuk*: | keraguan |
Message*: | ustaz,jika timbul keraguan sama ada kita ni berhadas besar atau tidak,perlukah kita layan? atau teruskan saja tunaikan solat seperti biasa.sebab ada dalam artikel mengatakan jika timbul keraguan sama ada berhadas atau tidak,tidak perlu layan atau tidak perlu mandi wajib.sebaliknya perlu mandi wajib bila keyakinan itu sudah nmpk dgn mata sendiri..contohnya kita perasan dan mmg jelas tanda2 air mani yang keluar.seperti masalah saya ini,bermain difikran sama ada berhadas atau tidak tapi setahu saya jika sekadar ada kesan sperti tompok2 tapi tidak ada rasa dengan rangsangan syahwat itu belum cukup mmbuktikan itu air mani..jadi adakah benar ustaz tidak perlu dilayani keraguan itu semua dan teruskan solat seperti biasa? |
File Upload: | |
Salam
Jika tidak pasti berhadas besar atau tidak, maka kembali kepada ASALnya, iaitu pada ASALnya kita tidak berhadas.. Usah dilayan keraguan yg timbul. Fokus kepada solat.
tk
Visitor IP: 183.171.17.202
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.