Tuesday, May 10, 2016

Soalan: Tidak pasti ada lafaz atau tidak

Nama*:Quzman
Tajuk*:Tidak pasti ada lafaz atau tidak
Message*:Assalamualaikum ustaz. Saya ada penyakit lintasan/was-was talak, dah lama penyakit ini tapi baru-baru ini datang lagi. Saya pernah ke pejabat agama negeri meminta kaunseling dan juga mendapat nasihat doktor pakar. Tapi kegusaran dan ketakutan sentiasa menghantui diri saya, baru-baru ini sedang saya melayari telefon saya, tiba-tiba bermain difikiran/lintasan menyebut ayat lebih kurang begini, saya pun tak berapa pasti apa ayat tersebut mungkin macamni agaknya ayat tersebut "aku talak isteri aku" , pada masa sama ada pergerakan mulut, saya tidak pasti saya ada bercakap apa yang bermain difikiran saya itu, saya tidak pasti ada keluar suara hasil pergerakan mulut mengikuti apa yang bermain di fikiran saya itu atau sekadar mulut bergerak keluar angin sahaja atau mungkin terlalu perlahan suara atau langsung tidak ada suara yang keluar, tambahan pula ada bunyi televisyen. Bagaimana ustaz? Sampai sekarang benda ini menghantui diri saya, bolehkah jatuh talak dalam keadaan begini sedangkan saya tidak langsung ada niat apa-apa cuma penyakit itu sekali-sekala menghantui diri saya. Benda ini dah banyak kali terjadi, kadangkala saya boleh kawal kadangkala benda ni datang. Mohon bantuan ustaz. Sekian, terima kasih
File Upload:
Salam

Ubatilah penyakit saudara tu..

Ia tidak jatuh talak//

CUma penyakit itu perlu dirawat segera. Terperdaya dengan syaitan.. cuba bayangkan orang lain tak ada nak susah macam saudara, tetapi anda asyik was was dan ragu ragu sahaja.. kan ia menyusahkan hidup.. ubatilah...

Visitor IP: 60.50.79.162

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA