Soalan: Lintasan hati.
Nama*: | Ika |
Tajuk*: | Lintasan hati. |
Message*: | Salaam ustaz. Jatuh ke talak jika saya (isteri) jika bergaduh dgn suami seeing timbul perasaan lintasan hati sebegini, tapi tidak lafaz. Hanya sekadar tersekat didalam hati. "Kalau die (suami) marah aku lepasni, jatuh talak kat aku."
Sesekali ada juga lintasan hati yg datang seperti, "kalau aku tak ganti puasa esok, jatuh talak."
Sy ada membaca entry ustaz yg sebelum ni, tak jatuh talak jika sekadar lintasan hati. Dan talak itu juga hak suami. Soalan saya ustaz, boleh jatuh talak ke dgn lintasan hati sebegini? Suami tak mengetahui tentang masalah sy ni. Sy was was jugak.
Jatuh ke? |
File Upload: | |
Salam
Hak talak letaknya pada suami. Jika isteri yang melafazkan talak atau cerai kepada suaminya, ia tidak sah dan tidak valid.
Lintasan seperti itu tidaklah menjatuhkan talak jika ia terjadi ke atas suami.. Tapi kalau isteri yg berangan nak ceraikan suaminya, beranganlah banyak-banyak.. ia tak akan jatuh talak..
hehe...
Visitor IP: 115.164.82.109
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.