Tuesday, May 3, 2016

Soalan: Talak

Nama*:Siti
Tajuk*:Talak
Message*:Assalamualikum ustaz..baru-baru ini sy bergaduh dgn suami,kerana mendapat tahu suami mempunyai perempuan lain.sy baca semua msg suami dgn perempuan tersebut.ada antara msg2 tersebut yg mengatakan suami akan menjadikan perempuan tersebut isteri ke2 dan juga msg2 yg xsanggup sy baca.sy kecewa dgn suami kerana selama ini sy yg byk membantu tp dibelakang sy,dia bercinta dgn perempuan lain.sy ada bertanya kepada suami,dan alasannya sy tidak melayannya seperti dulu semasa mula2 berkahwin.hati sy hancur dan sy ada meminta suami berkahwin dgn perempuan tersebut dan melepaskan sy tp suami menolak kerana masih syg kan sy.tp setiap kali sy teringtkan msg suami dgn perempuan tersebut hati sy hancur.sy ada bertanyakan suami apa perasaannya jika sy yg menduakannya,dan suami sy jawap jika sy mempunyai hubungan dgn lelaki lain jatuh talak.tetapi selepas kami berbaik suami menarik balik apa yg dia katakan td.adakah talak itu masih berlaku jika sy berkawan dgn lelaki lain (tidak mempunyai perasaan cinta)walaupun suami telah menarik balik perkataan tersebut?
File Upload:
Salam

Dugaan berkeluarga sebegitulah. Saya kira hampir semua suami menghadapi situasi seperti ini, punyai orang kedua dalam hubungan mereka. Di sini sebagai isteri, hendaklah bijak menangani kes ini. Perkara yang dibenarkan syariat hendaknya dihalalkan dengan cara yang baik, walaupun pedih pada hati seorang isteri.

Kita tidak pernah dididik di sekolah dan di mana-mana institusi bahawa seorang suami itu bukannya milik seorang isteri sahaja, ia boleh jadi milik isteri ke dua, ke tiga dan keempat. Maafkan saya.

Talik seperti itu adalah sah. Dan kita faham maksud suami ialah 'bercinta dengan lelaki lain', bukannya sekadar kawan sepejabat atau kawan biasa. Jika kawan biasa atau urusan rasmi, ia tidaklah termasuk dalam kategori taklik.

Umumnya, taklik tidak boleh ditarik balik.

tk


Visitor IP: 120.141.239.131

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA