Sunday, May 29, 2016

Soalan: mandi janabah

Nama*:fakhrul azhari bin dahari
Tajuk*:mandi janabah
Message*:ustaz,adakah sah mandi wajib saya jika saya lakukan demikian;
semasa air smpai ke anggota badan memang saya sudah niat dalam hati,kemudian mula saja nak basuh bhgian2 anggota badan seperti tangan rambut dan laen2 itu sambil gosok2 saya niat dgn lafaz dimulut 'aku mandi wajib kerana allah'..sbb saya ini jnis was-was,jadi dengan cara itu mudahkan saya nak mandi wajib dengan yakin.jika saya lakukan demikian adakah mandi wajib saya itu sah dan sempurna? tapi masa air mula sampai ke anggota itu saya ikut rukun iaitu niat dalam hati.masa nk mula gosok bhgian anggota2 tu sambil ratakan air sambil saya sebut dimulut dgn lafaz 'aku mandi wajib kerana allah'..setiap anggota yg saya gosok saya sebut dimulut..sah mandi wajib saya ustaz? jika lakukan demikian saya dpt melawan was2 itu..
File Upload:
Salam

Sah mandi wajibnya..

Yang penting ada niat dan meratakan air ke suluruh anggota.

Hentikan penyakit was-was tu.. usah dilayan lagi.. lagi menyusahkan hidup saudara..

tk

Visitor IP: 183.171.168.234

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA