Soalan: Kepastian
Nama*: | Farid |
Tajuk*: | Kepastian |
Message*: | Salam ustaz ketika sedang kerja tiba2 ade rakan sepejabat ckp pasal artis cerai berai..masa itu juga datang fikiran dan dorongan supaya lafaz..fikiran itu datang suruh lafaz talak 3..sy cepat2 gigit lidah supaya tak terlafaz..tp fikiran dan dorongan menyebabkan lidah terasa tergerak mengikut hati walaupun digigit..tapi tak kedengaran suara..rakan2 pon takde tgk sy semacam..sy kurang yakin adakah itu hanya lintasan atau terlafaz secara tak sengaja..sbb fikiran jahat itu suruh talak 3..jadikan sy sngt takut.. |
File Upload: | |
Salam
Saudara ni berpenyakit.. penyakit was-was dan suka melayan perasaan. Ubatilah dengan zikir dan baca Quran. Belajarlah lagi ilmu agama.. dalami bab fiqh..
Lintasan tak menjatuhkan talak... Elakkan sama sekali gangguan itu dikaitkan dengan talak..
tk
Visitor IP: 113.210.62.237
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.