Nama*: | Hamba Allah |
Tajuk*: | Adakah Jatuh Talak |
Message*: | Assalammualaikum ustaz. Saya ada satu kegusaran. Ceritanya bermula begini, pada suatu malam suami saya hendak keluar rumah, saya cakap duduk la rumah teman saya dan anak, suami tidak endah dan terus bersiap untuk keluar berjumpa kawan. Kemudian saya cakap dalam nada bercerita "kawan di opis pun macamtu jugak, selalu keluar tinggal anak bini, lepastu bini dia kawin lain (berpisah)". Niat saya hanya untuk dia luangkan masa untuk kami bersama. Kami jarang bersama kerana tuntutan kerja masing-masing jadi bila ada masa terluang saya minta dia luang masa bersama kami. Namun selepas itu suami dalam nada marah datang kepada saya dan berkata, "kau main dengan lelaki lain jatuh talak 3". Persoalannya apakah "main" yang dimaksudkan itu terguna pakai kerana selepas itu saya berbincang dgn suami dan suami mengatakan dia maksudkan jika saya curang atau terlanjur (memang tidak dilakukan oleh saya). Namun saya jadi was-was dengan penggunaan "main". Boleh jadi ketika saya bercakap atau bergurau dengan kawan lelaki, atau bermain sukan untuk syarikat juga boleh dikira "main" dan boleh jatuh talak itu? |
File Upload: |
Lafaz taklik mengikut apa yg diniatkan oleh suami. Jika makna main di sini ialah curang, maka perbuatan curang itu menjatuhkan taklik talak.
tk
Visitor IP: 203.62.1.30
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.