Nama*: | Fazura |
Tajuk*: | Mandi wajib |
Message*: | Soalan 1: Assalammualaikum.. Saya nak tanya satu soalan bolehkan ustaz...Macam ni, saya mandi biasa dahulu seperti shampoo rambut, sabun badan...gosok gigi dan cuci muka SEBELUM mandi WAJIB... Kemudian, setelah selesai mandi biasa, saya terus memulakan mandi wajib seperti biasa.. Soalan saya , selepas selesai mandi dan pakai baju, saya dapati di celah kuku jari tangan saya terdapat seperti tompokan sisa sabun dimana bila saya kikis, akan keluar benda warna putih,,semasa mandi wajib tadi tak nampak pula, bila badan dah kering baru nampak.. Adakah sisa sabun tersebut boleh menghalang air daripada sampai ke kuku? Adakah Mandi Wajib saya SAH? terima kasih... Soalan 2: Jari tangan saya luka sedikit .dan ada darah yg mengalir keluar serta nampak isi daging sikit… Saya nak mandi wajib ..saya teruskan mandi wajib saya dengan keadaan jari yg masih luka dan berdarah… Saya ratakan air pada luka tersebut.. Sah tak mandi wajib saya? |
File Upload: |
Mandi wajib boleh disekalikan sahaja dengan mandi biasa itu.. Cuma niat dari awal, mandilah seperti biasa. Nak bersabun dan bersampu tidak jadi masalah asalkan air merata ke seluruh tubuh, sahlah mandi wajib itu.
Jika dipastikan sisa sabun itu datang kemudian (selepas) daripada mandi wajib, maka ia adalah sah dan tidak perlu diulang mandi wajib. Jika ia datang sebelum mandi wajib, maka memadai dengan meratakan di tempat yang terkena benda itu sahaja dengan air..
Tempat luka dan darah jika boleh dikenakan air, kenakanlah air dan sah mandi wajib itu.. Masalahnya jika tak boleh dikenakan air, ia perlulah disapukan air sedikit di permukaan balutan luka berkenaan.
tk
Visitor IP: 203.106.159.202
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.