Soalan: berapa talak yang telah jatuh
Nama*: | nadia |
Tajuk*: | berapa talak yang telah jatuh |
Message*: | pada 30 apr saya telah bertengkar dengan suami dan suami melafazkan cerai pada saya. namun selepas itu kami berbaik tanpa merujuk kepada pejabat agama bagi kes cerai tersebut. namun pada 20 mei sekali lagi berlaku pergaduhan dan saya bertindak di luar kawalan telah memukul suami dan akhirnya suami melafazkan lagi perkataan aku cerai ko. bila ditanya apakah dia benar ingin ceraikan saya, dia menjawab dia hanya ingin mengelakkan dirinya terus disakiti semasa melafazkan cerai itu. jadi berapakah talak yang telah jatuh pada saya? |
File Upload: | |
Salam
Cerai kali pertama dikatakan sah dan jatuh talak satu..
Suami merujuk..
Selepas itu suami sebut lagi aku cerai ko.. maka jatuhlah talak ke dua..
dah dua talak..
tk
Visitor IP: 121.120.86.245
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.