Friday, May 20, 2016

Soalan: Talk 3

Nama*:Armi
Tajuk*:Talak 3
Message*:Situasi Suami :
- Hilang pekerjaan
- Tidak Mampu membayar sewa rumah(Menetap Di Nilai Rumah Teman)

Keadaan Istri :
- Hamil 3 bulan
- Tidak Bekerja

Kesimpulan :
Secara Financial kurang baik.

Kejadian :
- Memujuk Isteri untuk pulang ke pangkuan suami dirumah Nilai.
- Isteri awalnya setuju. Tapi setelah seminggu menumpang dirumah Mertua, ditanyakan untuk pulang ke rumah nilai(dalam keadaan suami demam) malah tidak mahu dengan alasan jauh dari org tua, panas dan sebagainya.

Dalam perbualan melalui whatsapp terjadi pertelingkahan :
- Suami dengan kata kata kesat kesan daripada provokasi istri.
- Suami tidak dapat memahami keadaan isteri disebabkan keadaan demam, stress financial, masalah peribadi dan sebagainya.

Keluarlah sebutan seperti :
- "If you tell your parents Jatuh Talak 3" - dalam keadaan marah, bergetar dan berniat untuk berbuat apa yang boleh menyakitkan hati istrinya.
- Isteri bertindak memberitahu keadaan suami kepada org tuanya
- Keduanya dal am keadaan benar benar hilang akal hanya mengeluarkan kata kata yang bleh menyakitkan hate masing masing.

Justru itu, bapa nya bertindak meWhatsapp suami untuk sabar dan harus refer ke jais untuk pengesahan talak.

Hasil dari consultation Jais :
Jatuh Talak 3 dan harus fail kes untuk pengesahan.

Dalam keadaan seperti diatas, apakah masih jatuh Talak?
Isteri dan suami masih ingin bersama...

Mohon penjelasan.
File Upload:
Salam

PErkara seperti ini perlulah dirujuk kepada pihak berwajib; mahkamah dan pejabat agama. Jika keputusan mahkamah mengatakan ia jatuh talak tiga, maka kenalah reda.

Cuma suami isteri kenalah jelaskan betul-betul apa yang terjadi, agar keputusan mahkamah adalah tepat dan tidak merugikan mana-mana pihak.

tk


Visitor IP: 61.6.64.195

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA