Soalan: Taklik
Nama*: | Hamba Allah. |
Tajuk*: | Taklik |
Message*: | Salam Ustaz. Seorang suami telah melafazkan taklik kepada isteri. Dan isteri melanggar taklik tersebut.. Lalu mereka telah rujuk kembali bersama.
Soalan sy ustaz.. Apabila suami isteri tadi telah rujuk, adakah lafaz taklik yg terdahulu masih lagi valid/aktif/diguna pakai?
Sebab sy ada terbaca jika pasangan yg berpisah secara taklik & mereka rujuk kembali dalam tempoh iddah, maka taklik yg lama masih lg valid/aktif melainkan mereka berpisah dan bernikah semula selepas tamat tempoh iddah dgn akad nikah yg baru.
Adakah perkara ini benar ustaz? Mohon pencerahan. Betul kan sy kalau sy silap. Terima kasih |
File Upload: | |
Salam
Taklik akan gugur dengan sendiri setelah dirujuk atau bernikah semula.
Selepas tu, tak pelu lah lagi buat taklik.
Visitor IP: 115.164.209.209
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.