Nama*: | yah |
Tajuk*: | jatuh talak atau tidak |
Message*: | assalamualaikum ustaz.. saya ingin bertanya beberapa soalan.. semalam saya dan suami saya bergaduh. suami saya bertanya kepada saya "awak nak bercerai ke?" saya jawab "tak nak bercerai". saya dengar suami saya kata " saya nak berpisah dengan awak malam ni, saya tak nak awak malam ni" tetapi suami saya tidak perasan dia melafazkan ayat itu, dan dia kata dia tiada niat untuk menceraikan saya. adakah jatuh talak 1? 2) selepas itu dia berkata "jika kita bergaduh lagi selepas ini, kita bercerai." adakah jatuh talak sekiranya saya bergaduh lagi dengan dia selepas ini? bolehkah dia tarik balik kata-kata itu? jika jatuh talak, adakah menjadi talak 2? dan sekiranya bergaduh pula kali ketiga, adakah jatuh talak 3? 3) macam mana nak rujuk semula jika jatuh talak? |
File Upload: |
Pengakuan suami adalah diakui benarnya. Jika dia tiada niat untuk cerai, ia tidak akan terjadinya talak.
Bila suami menyebut sesuatu perkara dan dikaitkan dengan talak, ia adalah lafaz taklik. Jika bergaduh lagi selepas ini akan terjadilah talak. Lafaz taklik tidak boleh ditarik balik. Bila talak telah terjadi maka taklik terdahulu akan terbatal...
Jika jatuh talak, maka boleh dirujuk. Nak rujuk senang sahaja, suami ajak sahaja isteri untuk kembali sebagai suami isteri.. jadilah rujuk.
tk
Visitor IP: 14.1.198.62
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.