Sunday, May 22, 2016

Soalan: lintasan hati

Nama*:matlan
Tajuk*:lintasan hati
Message*:assalamualaikum ustaz. nak tanya. semasa saya amik wudhu datang lintasan hati mengenai cerai yg menyebut "aku talak isteri talak 3", saya tiada niat tp lintasan itu hadir, semasa saya amik wudhu tu saya biasa mengira jumlah bilangan. lintasan yg dtg tu pulak kena pada bilangan ketiga iaitu perkataan 'talak 3' tu kena pada bilangan yg sy sebut nombor 3 masa kira amik wudhu tu. tp bunyi yg keluar xjelas sebutan nombor 3 tu. hanya bunyi macam angin gitu dalam mulut, 'khhhh' gtu. kirenya sebutan nombor 3 saya tak sempurna pun. macamane ustaz? lafaz xde pon. saya selalu kena ganggu dgn lintasan. kalini dtg yg mcmani pulak.mohon bantuan dan penjelasan ustaz. terima kasih ustaz.
File Upload:

Salam

Saudaraku, banyakkan istighfar dan taubat.. usah dilayan dengan lintasan hati seperti itu. Ia memudaratkan kehidupan dan syariat saudara sendiri.

Tak perlulah semua benda hendak dihubungkan dengan talak dan cerai. Kenapa nak susahkan hidup, sedangkan Islam itu agama yang mudah dan serasi dengan keperluan manusia..

Pada pendapat saya, ia tidak jatuh talak.

tk

Visitor IP: 115.164.86.191

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA