Soalan: Perasaaan was-was
Nama*: | sobirin salleh |
Tajuk*: | Perasaaan was-was |
Message*: | ustaz kawan saya mnta tanyakan,dia sudah mandi wajib pada hari semalamnya.kemudian hari esoknya tiba-tiba dia terasa seperti mandi wajibnya tidak sah seperti merasakan dia telah berniat sebelum air smpai ke badan.adakah itu was-was syaitan? saya nasihatkan dia agar jangan dilayan.adakah itu mmg was-was syaitan dan adakah dia boleh solat seperti biasa dan tidak memperdulikan perasaan itu? |
File Upload: | |
Salam
minta dia belajar balik bab mandi wajib.. Asalkan ada ilmu, ada info.. maka dia lebih yakin.. kalau tak ada ilmu, sbb tu dimainkan syaitan.
tk
Visitor IP: 183.171.23.111
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.