Soalan: Jatuh talak atau tidak ?
Nama*: | Anis |
Tajuk*: | Jatuh talak atau tidak ? |
Message*: | Salam, saya ingin bertanya adakah jatuh talak sekira nya si suami mengatakan "dah lama aku ceraikan kau" tanpa niat dengan situasi begini "si isteri menunjukan satu conversation kepada suami dari rakan yg mereka sedang bergurau . dalam masa yg same si suami berkata "kalau aku dah lame ceraikan kau" tapi bukan tuju utk si isteri . maksud "kau" si suami itu adalah prempuan tadi .
Tapi dalam mase yg same sbb suami isteri was-was, si suami lafaz rujuk pada isteri .
Mohon pencerahan secepat mungkin . |
File Upload: | |
Salam
Jika dilafazkan itu bukan ditujukan kepada isteri, maka lafaz suami itu tidaklah menjatuhkan talak.
Visitor IP: 118.100.232.154
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.