Soalan: Nyanyi lagu
Nama*: | Radhi |
Tajuk*: | Nyanyi lagu |
Message*: | Assalamualaikum ustaz. Sedang saya nyanyi lagu "pergi tak kembali" dendangan kumpulam rabbani, sampai di lirik "selamat tinggal" tetiba terlintas wajah isteri saya seolah memikirkan talak, sebenarnya saya dah warning diri saya jangan nyanyi lagu tu tapi sebab lagu sedap dan nak hibutkan hati, penyakit lintasan tu tiba-tiba hadir walhal niat asal hanya nak nyanyi tapi bila part lirik tu jadi camtu, apa pandangan ustaz, susahlah saya nak nyanyi dan sekadar hiburkan hati. Terima kasih. Ustaz. |
File Upload: | |
Salam
Teruknya saudara saya ni.. kenapa hendak dikaitkan lagu dan seni kata semuanya dengan cerai..
Masalahnya ada pada diri saudara. Baikilah diri untuk tidak mengaitkan semua perkara dengan cerai.
Ia tidaklah jatuh talak. cumanya saudara sendiri yg sentiasa bermasalah dalam hal ini..
tk
Visitor IP: 219.92.44.106
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.