Thursday, May 19, 2016

Soalan: Nafkah Isteri & Anak2

Nama*:Farah Fadzil
Tajuk*:Nafkah Isteri & Anak2
Message*:Assalamualaikum ustaz..Saya menghadapi masalah rumahtangga yang melibatkan isu nafkah isteri serta anak-anak..Suami saya seorang duda anak seorang sblm berkahwin dgn saya.Suami sy seorang yg sgt berkira apabila melibatkn wang ringgit utk keperluan sy serta anak2.Dia sering mengabaikan tggjwb sy anak beranak dan hanya mementingkan anak hasil perkahwinan terdahulu bersama seorg pmpn cina.Oleh kerana isu agama suami sy dpt hak penjagaan anak pmpn cina tersebut.Pmpn cina tue nusyuz.Suami sy lgsg tdk meminta meminta keizinan utk menjaga anak pmpn cina tersebut.Dia hanya memberikn alasan anaknya hanya duduk smtra bersama kami.Dlu sy bekerja seorg wanita bekerjaya tpi disebabkn oleh sy diberhentikn kerja kerana sykt yg sy bekerja telah ditamatkn kontrak bagi slh satu projek kerajaan.Semasa sy bekerja sy tanggung semua perbelanjaan seisi rumah tetapi bila sy tdk bekerja sy hanya ada bbrp pendptn sampingan lain.Bila sy tdk bekerja sy dilyn mcm smph.Sy biasa dimaki hamun dgn perkataan pmpn gila, da nak mampus sgt ker??Sy sering luahkn isi hati dgn suami sbb ketidakpuasan serta ketidakadilan kerana di rumah tiada mkn minum smpi kami anak beranak kelaparan..Sy bbrp kali keluar ke rumah ibu sy sbb kelaparan tiada mknan dan minuman di rumah.Dia biasa melafazkan dpn ibu sy dan kembar sy yg sekiranya sy keluar umah tanpa izinnya sy nusyuz bbrp kali..takkn sy anak beranak nk mati kelaparan di rumah.Utk pengetahuan ustaz, suami sy bekerja sebgi seorg pegawai di slh sebuah kilang simen di sg buloh dan bergaji rm5,500 sebln tdk termsk ot dan elaun2 lain.Suami sy jenis yg ptgkn diri sendiri serta kebendaan..Dia lbh pthkn beli ipad, kamera dslr, trip memancing dgn kwn2,raket badminton yg berjenama.Sya juga mempunyai bukti email yang suami sy aktif di media sosial n terdpt email dr pmpn2 yg memberikn hp no mereka, perkataan one night stand, perkataan lucah spt nice pussy pn ada.Dia juga menggunakan nama samaran cina.Bila sy bangkitkn isu ni akan dijdkn satu pertengkaran dan suami sy mengatakn sy yg ada skandal serta menafikan email tersebut spam.Secara logiknya, klu kita tdk register acc di media social xkn kita blh dpt email dr org yg tdk dikenali.Suami sy jga sering berhubung rapat dgn bekas bininya apabila di tempat kerja tanpa pengetahuan sy.Bila sy minta penjelasan alasan dia hal berkaitan anak hasil perkahwinnya terdahulu.dua minggu lps sy dan suami sy bertengkar..Msa pertengkaran tersebut suami sy ada mengatakan yang dia "TIDAK HALALKAN SEGALA MAKAN MINUM KAMI ANAK BERANAK!!".Disebabkn peristiwa itu, sy menelefon ibu sy meminta keizinan hendak datang ke rumah ibu saya itk berkongsi pendpt bg permslhn ini dan mtk tmpt berteduh sbb sy amat berkecil hati kerana kata2nya.Tempat sy mengadu nasib hanya ibu sy kerana ibu sy masih hidup..
File Upload:
Salam

Puan, sedih dan pilu saya membaca kisah puan.

Jika benar dakwaan puan, suami puan ternyata seorang yang tidak bertanggungjawab keapda keluarga dan anak-anak.

Memang sukar hendak dibentuk seorang lelaki, apatah lagi setelah dia menjadi suami..

Pada pendapat saya, sebutan tidak halal itu sekadar kemarahan suami sahaja sedangkan makan minum isteri dan anak-anak adalah tanggungjawab dia. Dia yang berdosa mengabaikan nafkah kelaurga, dia yang berdosa membiarkan isteri dan anak-anak terkontang kanting dan dimaki hamun. Dia yang berdosa kerana mengabaikan isteri dan AMANAH Allah kepadanya.

Puan tidak perlu risau dengan ungkapan TIDAK HALAL itu..kerana isteri dan anak-anak berhak mendapat nafkah sewajarnya.

Elok kes ini dibawa ke pejabat agama bagi mendapatkan sedikit pembelaan kepada puan dan anak-anak.

Terima kasih.

Visitor IP: 14.192.214.43

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA