Nama*: | zana kl |
Tajuk*: | musykil tentang taklik |
Message*: | Assalamualaikum ustaz terima kasih sudi menjawab soalan saya. Ustaz, pada tahun lepas suami ada menghantar Whatsapp taklik kepada saya. Ketika itu saya keluar dan dia mengesyaki saya jumpa dengan lelaki. Takliknya begini : (kalau kau jumpa skandal sekarang ni atau lepas ni buat apa pun berbentuk maksiat jatuh talak satu.) Pada ketika itu saya memang tak jumpa skandal/lelaki. Ini kerana ustaz yang pertamanya saya dan suami telah bercerai sebanyak 2 kali. Dua2 tu kami rujuk sendiri tanpa daftar mahkamah. Saya memang pasti kerana lafaz cerai tu jelas. Namun selepas rujuk hubungan semakin dingin dan teruk dengan caci maki dan masalah kewangan kerana suami saya ada mengambil dadah jenis syabu. Akibat dari kedinginan itu saya mula berkawan dengan seorang lelaki yang saya kenali daripada aplikasi Wechat. Niat saya hanya mengisi kebosanan saya kerana saya dan suami sudah buat hal masing2 atas persetujuan bersama. Lelaki tersebut mempunyai perasaan lebih dari seorang kawan terhadap saya. Saya juga mula suka kepadanya tetapi status saya seorang isteri saya mengawal perasaan saya ini dan sering ingat saya masih isteri. Kami pernah bejumpa 2 kali di tempat awam..di pasar malam dan juga restoran KFC secara spontan. Persoalan saya : 1) Adakah perkataan "sekarang ni" tu merujuk situasi pada ketika itu atau ianya terpakai sampai bila2?. 2) Adakah saya berjumpa lelaki itu maka taklik di atas terpakai ustaz? terima kasih. |
File Upload: |
Pada pendapat saya, taklik di atas adalah sah dan jelas maksudnya.
Suami melarang bertemu dengan lelaki atau apa-apa tujuan tidak baik yang dikaitkan dengan talak.
Ini bermakna, jika isteri sengaja bertemu dengan lelaki berkenaan, maka akan terjadilah talak satu sebagaimana ditaklikkan.
Elok bawa kes ini ke pejabat agama bagi dapat bantuan.
tk
Visitor IP: 211.24.250.130
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.