Nama*: | dayang ariani |
Alamat Email: | dayangariani@gmail.com |
Tajuk*: | cerai |
Message*: | assalammualaikum Ustaz, Saya sdh lama menderita hidup dgn suami sya.. setelah 20 thn bertahan sya tak mampu nak teruskan lagi kecuali sya harus berkorban kebahagiaan saya utk keluarga saya. Suami sya tidak menunaikan byk tanggungjwb dia seperti soal nafkah..soal agama..syg di hina dll.. sya bertahan utk anak2.. skrg anak2 sya sudah besar.. 17 dan 20 thn.. Hati sya sudah tidak ada kasih syg untuk dia.setiap hari saya hanya membisu..sya benci bila mengenangkan apa yang dia dah buat pada saya. sdh berpuluh kali dia hendak berubah sikap utk sya tapi hanya bohong belaka..dia berjanji berubah hanya tuk meredakan keadaan akhirnya dia tidak berubah jgk.. sya dapat simpulkan di sini dia cuma sygkan sya untuk duit sya sahaja dan takut berhadapan dgn sekeliliang jika saya tinggalkan dia.. Malu di katakan bercerai.. sya sebenarnya sedih jgk apa bila mengenangkan anak2 tp ustaz spai bila sya kena bertahan.. spai bila sya nak makan hati ustaz.. sya cuba untuk berbuat sesuatu utk diri sya sendiri selain dari asyik memikirkan hal org lain..demi kebaikan org lain.. sya jenis yang jarang memikirkan diri sendiri.. skrg saya nk sgt perubahan dalam diri saya.. sya nak kejar cita2 saya.. saya nak rasa bahagia.. patut kah saya terus berkorban padahal sya sudah tidak mampu untuk jadi isteri yg baik.. saya tak hormat dia lagi..paling ketara saya tak ada perasaan utk tidur bersama dia.. saya berharap mendapat nasihat dari ustaz.. wasalam |
File Upload: |
Salam Puan Dayang,
Perceraian adalah jalan terakhir bagi sebuah perkahwinan. Bahagia dan derita dalam rumah tangga biasanya silih berganti. Tiada yang bahagia selamanya dan tiada juga yang derita selamanya. Ada juga saat gembira yang dikongsi dalam rumah tangga...
Suami yang tidak bertanggungjawab adalah punca kepada keretakan rumah tangga. Sukar hendak diubah perangai sang suami, walaupun berbagai jalan dan cara dicuba. Namun seharusnya kita tidak berputus asa. Sesekali mengadulah kepada ALLAH pada siang dan malam untuk mendapatkan kekuatan bagi mengubah keadaan yang ada. Kebiasaannya isteri terlebih redha dengan apa yang terjadi, apa kekurangan pada suami; yang membolehkan rumah tangga itu terus bertahan. Tetapi apabila isteri sudah hilang redhanya, maka ia akan segera hancur.
Nasihat saya, bersabarlah dan kekalkan doa dan aduan kita kepada ALLAH pada siang dan malamnya dalam setahun ini... Jika tempoh setahun ini tidak dapat apa yang kita harapkan, mungkin ada baiknya puan meleraikan hubungan dengan cara sebaiknya.
Maaf...
Visitor IP: 118.101.236.31
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.