Nama*: | sakinah |
Alamat Email: | sakinah79@yahoo.com.my |
Tajuk*: | jatuh talak atau tidak? |
Message*: | asssalammulaikum ustaz, Saya ada satu soalan mengenai lafaz cerai. Pada suatu malam, saya dan suami sedang menonton TV cerita lawak bersama dua orang anak kami. Cerita dalam TV tersebut memaparkan tentang seorang lelaki yang sedang untuk melafazkan cerai kepada isterinya tetapi belum melafazkannya lagi hanya baru menyebut nama isterinya. Semasa kami sedang menonton drama TV tersebut, tiba-tiba ibu suami saya datang dan terus bertanya kepada suami saya kenapa dengan drama TV ini? suami pun berkata dia dah kena cerai, dia dah ceraikan isteri dia. Kemudian secara tiba-tiba suami terus kata aku ceraikan kau Dalam situasi ini, lafaz cerai tersebut tidak ditujukan kepada saya (isteri ). Semasa suami melafazkan cerai tersebut, muka dan tubuh badannya menghadap televisyen dan suami tidak memandang ke arah saya (isteri) Soalan : 1. Adakah talak itu jatuh terhadap saya (isteri) 2. Saya ada bertanya kepada suami saya mengenai lafaz tersebut, dan suami memberitahu yang lafaz tersebut tidak ditujukan kepada saya tetapi ditujukan kepada orang yang didalam tv tersebut ( pelakon dlm tv drama itu yg wataknya seorang hantu perempuan yg berkahwin dengan manusia ) 3. Apa pandangan ustaz mengenai masalah dan situasi saya ini? Saya berhapar sangat ustaz dapat bantu saya. Saya risau memikirkan hal tersebu |
File Upload: |
(Saya pelik bagaimana soalan yang sama ini muncul berkali-kali dalam blog ini. Ia mengganggu email dan tentunya juga mengganggu masa saya untuk menjawab soalan yang lain)
Jawapannya ia tidak jatuh talak.
tk
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.