Nama*: | nina |
Alamat Email: | nina@yahoo.com.my |
Tajuk*: | (derhaka) |
Message*: | Terima kasih atas pandangan dan nasihat drp ustaz..saya memang dah cuba untuk berlembut hati dan cuba untuk memaafkan ibu mentua saya walaupun ianya perit..Sudah 4 tahun saya tinggal serumah dan tidak pernah sekalipun saya bersikap kurang ajar pada ibu mentua saya. Saya hanya sabar dan terus bersabar walaupun dalam hati menahan marah dan tak puas hati, tapi saya tak pernah melepaskan marah dengan cara kata-kata yang menyakitkan kepada ibu mentua saya. Wajarkah saya dan suami mengambil keputusan untuk keluar dari rumah dan tinggal dirumah sewa untuk membentuk rumah tangga sendiri. Suami telah pun memberitahu hasrat untuk berpindah dan ibunya mengizinkan. |
File Upload: |
Salam Puan Nina,
Alhamdulillah. Itu yang terbaik buat puan. Berpindahlah ke rumah sendiri kerana di situ puan sekeluarga boleh menentukan corak hidup dan kependidikan anak-anak mengikut acuan kita. Di situ kita lebih mengenal pasangan dan lebih terbuka... tak perlu berselindung lagi dengan keadaan sekeliling. Tahniah.
(Saya berpegang pada dasar; pada hari pertama perkahwinan seharusnya suami isteri telah punyai rumah sendiri; terasing daripada ibu bapa.... biarpun rumah sewa)
Cuma sebelum berpindah... berbaiklah kembali dengan ibu mertua... kirim salam padanya..
tk
Visitor IP: 60.50.136.24
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.