Soalan: jatuh talak atau tidak
Nama*: | hanum |
Alamat Email: | hanum99@yahoo.com.my |
Tajuk*: | jatuh talak atau tidak |
Message*: | Saya dan suami sedang menonton drama tv. Dalam drama tersebut ada agenda suami melafazkan cerai kpd isterinya.
Semasa menonton agenda cerai dlm drama tersebut,saya terus pandang tempat lain.Dalam drama itu..si lelaki tersebut telah didesak supaya menceraikan isterinya..
Kemudian, secara tiba-tiba suami saya mengikut lafaz cerai dlm drama tersebut..suami berkata "aku ceraikan kau"..
Semasa melafazkan cerai itu,muka dan tubuh badan suami mengadap TV(suami tidak memandang ke arah saya semasa melafaz)
SOALAN;
1. Adakah jatuh talak terhadap saya?
2. Saya dah tanya suami mengenai hal ini dan suami kata " abang tak lafaz kat awak(isteri) cuma abg tuju lafaz tersebut kepada oramg dlm TV
itu.
Apa pendapat ustaz tentang masalah saya ini.
Harap ustaz dapat membantu.. |
File Upload: | |
Visitor IP: 124.13.115.223
Salam,
Tidak jatuh talak kerana ia tidak bermaksud dengan apa yang diucapkan...
tk (saya kira soalan yang sama berulang kali dipaparkan, mungkin sistem dalam blog ini yang dimunipulasi. mohon maaf)
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.