Nama*: | Hamba Allah |
Alamat Email: | |
Tajuk*: | Masalah was-was dan lafaz cerai |
Message*: | Assalamualaikum Ustaz, Saya inginkan kepastian daripada ustaz mengenai permasalahan saya ini..Situasinya begini.. Si suami mengalamai perasaan was-was yang agak kronik. Si suami terlalu memikirkan satu lafaz cerai yang sorih dalam hati dan kepalanya sehingga satu ketika terpacul keluar dari mulutnya (ketika ini isteri tiada di sisi..berlaku ditempat kerja). TETAPI, si suami yakin lafaz tersebut hanya sekadar lafaz dan TIDAK DITUJUKAN atau diniatkan kepada isterinya.Ia sekadar lafaz secara umum yang keluar dari mulut hanya untuk membuat penilaian terhadap lafaz tersebut. Dan ketika itu syaitan mula mainkan peranan dgn membayangkan muka isteri. Tapi si suami bertegas dan yakin ianya hanya lintasan hati/dan perasaan was-was yang dihasut oleh Syaitan. Dia menafikan sekeras2 nya. Tak mungkin dan tak sanggup rasanya lafaz tersebut ditujukan/diniatkan kepada isterinya kerana mereka saling menyayangi dan hidup bahagia tanpa sebarang perbalahan yang besar sepanjang perkahwinan mereka. Suami amat yakin akan ia tidak ditujukan kepada isterinya. Mintak tolong ustaz jelaskan..apakah jatuh talak ..YANG MANA LAFAZ SORIH TIDAK DITUJUKAN KEPADA ISTERINYA..harap ustaz dapat memberi jawapan dan menenangkan hati saya. Terima kasih. |
File Upload: |
Salam Puan,
Bermain dan mengikut kata syaitan adalah tidak betul dan salah. Syaitan sentiasa mahu menyesatkan manusia. Orang yang was-was akan terserlah dalam seluruh amal ibadahnya seperti sukar mengambil wuduk, basuhan 2 - 3 kali tetapi belum siap lagi, sukar bertakbir, terlalu berhati-hati -berselipar dalam rumah ke tempat sejadah- dan sering terbazir waktu dan air @ alatan.
Pada fahaman saya, kes ini tidak menjatuhkan talak. Nasihatilah suami puan untuk lebih yakin dan berpendirian teguh dengan setiap apa yang dilakukan terutamanya soal ibadah. Usah diwas-waskan lagi.
tk
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.