Nama*: | Seri |
Alamat Email: | |
Tajuk*: | Jatuh talak atau tidak? |
Message*: | Assalamualaikum, 6 bulan lepas suami ada menyebut, sekiranya selepas ini dia mengulangi lagi sikap yang tidak baik - panas baran, naik angin dan drive dlm keadaan merbahaya, maka jatuhlah talak satu. Dan semlm, dia mengulanginya lagi, tetapi dia mengatakan tidak jatuh talak kerana sikap itu sekejap saja dan tidak berterusan. Malah menurutnya saya yang bersalah kerana mencabarnya sehingga dia bersikap sedemikian. Adakah jatuh talak tersebut? Terima kasih. |
File Upload: |
Salam Puan Seri,
Lafaz taklik yang disebut suami adalah jelas maksudnya. Jika memandu berbahaya, akan menjatuhkan talak dan ia tidak dinyatakan sama ada sekejab atau lama.. Dalam hal ini, saya berpendapat telah jatuh talak satu kerana telah melanggari lafaz taklik. Diharap suami puan dapat membatalkan lafaz seperti ini, setelah terjadinya talak taklik dlm kes ini...
Kembali rujuk....
tk
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.