Wednesday, February 27, 2013

Soalan: MOHON PERCERAIAN

Nama*:NORZIAH
Alamat Email:N.NOZI@YAHOO.COM
Tajuk*:MOHON PERCERAIAN
Message*:Suami saya kawin kedua dan ketiga tanpa pengetahuan saya. Bagaimana saya nak tahu mereka kawin dimana. Bolehkah saya minta diceraikan kerana saya rasa begitu tertipu. Saya rasa perasaan sayang sudah tak ada pada diri saya dan tak boleh hidup dengannya lagi. Makan minum tak pernah dia abaikan. Pendapatannya RM2000.00 sebulan. Belum dikira tolak bayaran kereta, api, air, kad kredit, belanja pasar dan dapur, minyak kehulu kehilir. Saya tahu dia mendapat dari sumber-sumber tak sepatutnya. Kalau saya diceraikan boleh kah saya menuntut harta sepencarian. Saya buntu memikirkan. Jiwa saya tak tenang.
File Upload:

Salam Puan Norziah,

Lelaki selalu menipu isteri (termasuklah saya juga....) tipu strategi..

Dalam hal ini puan, saya amat berat untuk 'meruntuhkan' sebuah rumahtangga, biar ia tertegak walaupun mungkin bocor di sana sini...

Suami puan masih pulang ke rumah, masih memberi nafkah semampunya, saya kira ia adalah ukuran minima yang perlu dipertimbangkan. Lainlah jika dia mengabaikan tugas hakikinya sebagai suami.

Bermadu sememangnya pahit, lebih-lebih lagi suami sendiri merahsiakannya daripada isteri. Sebagai lelaki, saya katakan semua suami mahu berpoligami tidak kira siapapun. Hanya kemampuan dan halangan sahaja yang membataskan keinginan itu. Fitrah Allah begitu. Neture perempuan sebaliknya. Di sini indahnya kejadian Allah kepada kita.

Jika puan memilih untuk berpisah, saya lebih risaukan keadaan selepas itu. Ibu tunggal terlebih banyak dugaannya, percayalah. Saya nasihatkan puan banyak beristighfar dan kembali kepada Allah. Keraplah berdoa dan mendekatkan diri kpd Allah. Mohonlah pertunjuk-Nya untuk membuat pilihan yang lebih baik. Berilah sedikit waktu untuk kita membuat keputusan yang besar seperti ini.

tk





Visitor IP: 118.100.152.221

Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA