Thursday, March 28, 2013

Soalan: Yakin tetapi sesekali was-was menganggu..

Nama*:Hamba Allah
Alamat Email:
Tajuk*:Yakin tetapi sesekali was-was menganggu..
Message*:Assalamualaikum Ustaz,

Saya pernah bertanyakan solan kpd ustaz sebelum ni yang bertajuk "Masalah was-was dan lafaz cerai" yang bertarikh 15 March 2013.
Alhamdulillah jawapan ustaz melegakan si suami. Tetapi walaupun si suami amat-amat yakin mmg tidak jatuh talaq, namun kadang-kadang perasaan was-was..ragu-ragu terus menghantui si suami. Betul atau tidak ustaz bahawa semua ini ada hasutan Syaitan yang semata2 ingin memecah belah keluarga saya. Soalan saya:
1.) Bagaimana cara untuk si suami mengatasi masalah ini.?kerana ia memberi kesan kepada hidupnya seharian.
2.) Bolehkah si suami mengambil pendekatan " al-Yaqin la Yuzalu bi asy-Syakk" (Keyakinan tidak bisa hilang dengan adanya keraguan..) Bolehkah ustaz si suami mengambil pendekatan ini untuk menghilangkan keraguan tersebut? Harap ustaz dapat membantu.
File Upload:
Visitor IP: 202.78.26.20

Salam Sdr..

Pada saya, keyakinan itu datang pada satu kebenaran yang jelas dan pasti. Apabila tidak yakin, timbul pula persoalan, adakah perkara itu masih ada yang tidak jelas diperjelaskan untuk mendapat penjelasan.

Cumanya begini, jika dipastikan kita tidak bercerai dan tidak jatuh talak, kita akurlah dengan hukum berkenaan. Tidak perlu diragukan kebenaran hukumnya.

Jika diragukan lagi, ia tidak lain selain daripada mainan syaitan belaka.

Kalau susah juga kita percaya pada diri sendiri, masih juga ragu-ragu dek hasutan syaitan dan mungkin tidak pasti pada jawapan si ustaz itu betul atau tidak, buatlah keputusan untuk bercerai. Bercerai dan rujuk semula! (ataupun telah jatuh talak, perlu dinikah semula).  Tapi kena ingat talak hanya berbaki satu sahaja lagi setelah hilangnya satu talak...

Susah juga nak diikutkan hati...

Saya setuju dengan kaedah figh berkenaan...

maaf n tk

Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA